myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->
RSS

Mama Dapat Gaji , Kita Dapat Mamee


Assalamualaikum ...

Hari tu mama dapat gaji .
Balik dari sekolah , terus jer pergi Giant .
Mama shopping banyak barang dapur .



Jalan - jalan , nampak mamee .
Kami memang suka makan mee segera .
Tapi mama kata tak boleh makan selalu .
Hari ni nak sangat berbuka makan mee segera .


Kita orang gotong royong masak untuk berbuka .
Opppsss ... masak mamee jer lah .
Mamee masak tom yam kaw - kaw .
Senang jer pun .
Senang sebab mama ajar .




Ni lah dia hasilnya .
Dah siap untuk makan berbuka .
Jangan terliur tau .
Puasaaaaa ...

Harap puasa korang masih cukup .
Jangan ingat nak raya jer .
Puasa kena habiskan dulu tau ...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Yaya Makan Seorang !

Assalamualaikum ...

Malam semalam , 
semasa kami baca Al-Quran bersama mama ,
dengar pagar rumah dibuka .
Itu tandanya abah sudah balik .
Berlarilah Yaya turun tangga nak ambik buah tangan yang abah bawa .



Tetiba jer yaya ada kat depan pintu bilik dengan satay kat tangan .
Mama kata habiskan dulu mengaji .
Pastu kami pun turunlah nak makan satay .
Tapi satay dah tinggal sikit jer .

Pastu Nabila merengek nak satay lagi .
Kami pun cakaplah ;
' aku dapat makan satu batang jer tau '
Serius ! Kami cuma dapat makan satu batang satay seorang .

Rupanya masa kami mengaji dengan mama tu ,
Yaya dah baham satay berbatang - batang seorang diri .
Huaaaaaaaaaaaaa ...
Kami pun nak lagi ....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Yaya Panggil Hujan.




Assalamualaikum


Masa saya nak minum air sejuk yg menyegarkan
saya bukak peti sejuk ,  tiba2 yaya nyanyi .

Satu labah2 cuba panjat perigi , 
bila hujan turun labah cepat lari ,
terbit matahari air tiada lagi ,
labah boleh panjat sekali lagi ,

lepas dia nyanyi 3kali ,
tiba-tiba hujan pun turun.

pastu saya cakap ni "yaya apa sal kau nyanyi ni
hujan dah turun dah "

Macam yang selalu orang cakap la .
Kalau nyanyi suara tak sedap , nanti hujan turun .
Weeeee ...
aish ... kebetulan jer kan kan kan ...



kalau anda rasa kelakar sila cuit pipi sendiri 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Buli kena Buli Balik

ASSALAMUALAIKUM..
Dia nih budak nakal sikit kat sekolah.
Walaupun UPSR dah nak dekat,
tapi dia masih main kat kelas.
Apalah nak jadi ngan budak sekor  nih..

Masa waktu balik dari sekolah,kami menunggu mama  di bas stop.
Pada waktu itu juga ,kakak saya baru balik dari sekolahnya pun join sama.
Bila kakak saya turun dari tangga tuh,tiba2 dia lari .
Saya pun tak tahu kenapa.
Mungkin dia takut dengan kakak saya.
Seronok gila tgk dia lari.
Sampai masuk tandas lagi.

Kakak saya memang badan dia besar.
Tapi dia tak garang pun.
Cuma kawan lelaki saya tu jer yang ada hati kecik
walaupun badan dia besar.

Sebenarnya saya suka buli lelaki.
Ceh... mana adalah.
Tapi memang pun saya buli dia.
Ada dia pergi cakap kat kakak saya. 
macam nih:
"Kakak, Fatin krab. hahaaaaa".
Sakitnya hati saya.
Saya pun buatlah jahat kat dia.


Bila masuk kelas jer, saya ambik peluang pukul belakang dia ngan penselbox saya.
Boleh tahan juga sakit tuh...
Tapi kalau ada kayu kan best.
Saya nih gangster jugakan.
Ceh takderlah....saja jer cakap macam tuh.

Masa balik pulak , dia terus masuk ke dalam kereta kawan dia,
lepastu dia ejek kitorang dengan buat memek muka poyo .
Wajahnya macam kat atas tu lah.
Serupa ngan muka musuh saya .
hohohoooo ...

Di sini jelah saya citerkan si hati kecik nih..
Kalau ada yang kelakar kat sekolah tu,nanti saya citerkan YER...

kalau anda rasa kelakar,sila sebut "kelakarnyer.."

TERIMA KASIH...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Sajer - Sajer Layan Boring

ASSALAMUALIKUM....

Boring tul lah hari nih .
Mula - mula pi layan kucing main .
Pas tu pi bagi burung makan .
Dah tu apa nak wat lagi yer ?



Ni lego si kecik punya .
Dia kalau ikut mama pi belanja , mesti pau mainan .
Kami pun tumpang sekaki lah .

Tengoklah hasil yang kami buat .
Masing - masing nak tunjuk pandai .
Macam - macam bentuk kami buat .

Lego tu tak banyak , jadi kami berebut saper dapat paling banyak.
Yaya simpan dia punya ...
ish ish ish ... mengalah jer la ...
Nanti dia nangis ...
Habis satu taman dengar ...
... hahahaaaa ...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Rakan Sekelas Yang Malam.




ASSALAMUALAIKUM...

Imej kat atas tu ada kaitan dengan entry hari ni .
Tapi dia tak la beso camtu .

Kat bawah ni aku share perbualan antara si 'malam' dengan cikgu ...

Cikgu aku kata ; 
" ....you know toyol ? 
tapi dia kata "no"
Cikgu aku kata lagi ; 
" kamu tahu bahasa melayu kan ? "
dia kata "ye"
cikgu kata lagi ;
"you know toyol is green ghost ,
 malaya ghost tapi dia kecik macam ni just like you". 
Itu kisah awal tahun , first day buka sekolah 

Semasa subject PSV cikgu kata macam ni ;
masa cuti sekolah dulu muka kamu putih 
sekarang muka kamu banyak hitam". 
pastu semua rakan sekelas saya tergelak besar punya ...

Pada  hari 11/7/2013

subject psv juga , cikgu kata macam ni ;
".....dari tadi buka lampu nampak, kalau tutup lampu
tak nampak  sebab banyak hitam tak nampak . "


kat subject PSK lak , si malam kata ; 
"Bapak I " 
cikgu tu tolek kat dia dan kata ;
"Apa bapak I ,bapak I ke bapak U ni ".
pastu satu kelas gelak.


Rakan sekelas saya orang Nigeria .
Cikgu saya suka usik dia .
Bully ker ... hik hik hik ...

kelakar tak citer ni .
kalau anda rasa kelakar sila tepuk bahu selama 5 kali.


SEKIAN TERIMA KASIH 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments2

Sukan tahunan saya..


Assalamualaikum

Pada 7/7/2013,sekolah saya mengadakan temasya
sukan tahunan di padang.dan ada  YB datang untuk memberi hadiah.

ada perbarisan rumah sukan di padang

 

Rumah biru tu dah biasa lah pula .
kenapa lah kakak saya ambik gambar ni nasib lah.



Rumah biru, ada sorang yg menjadi ahli sihir.




Rumah hijau pula,ada yg menjadi Mister Potato.
Mereka di mexico ceh mana adalah heheeee.....





rumah merah pula lagi best .
Iaitu Iron Man. 
Fuyooo...dahsyat giler. 
Tapi  kakak cakap dia nak tembak cikgu heheeee....




Rumah kuning lebah ke rimau ni saya x tau lah mereka buat apa ni.





Ni saya , saya dapat hadiah .
Dapat ke 3 acara larian raket.


Ni Aqif dapat ke2 .
Acaranya dia ialah isi air dalam botol.



video


Ni Hanani dia dapat 1.
Acara dia ialah  lompat bintang 5 kali dan isi air dalam botol.


yeahhh...... rumah biru menang lagi dapat 1.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Abang YaYa seorang jer..

                                        
                Assalamualaikum ...                     
       Yaya dan Aqif sangat rapat .
Main berdua dan gaduh pun berdua jer .     
Yaya ni adik terakhir dan Aqif no. 6.
Kami sebenarnya ada 7 adik beradik,
tapi 2 meninggal dalam perut mama .
Jadi tinggal lima jelah.



Yaya sdg menyuap sup ke mulut abangnya sambil main game kat henpon mamanya.
seronokkan mereka nih..
Cuma kami jer takder abang macam Yaya nih...



abang saya suap sendiri .
pastu yaya nak lagi 
minta kat kakak ; "kakak nak lagi "
ko order cam kat warung yer ...



mm.... sedapnya .
kakak saya masak ni...
memang sedap gila...
tapi dah habis huhuhu....
nanti saya panggil kakak saya masak lagi lah.



abang lak suap yaya yer .
amboi ! posing romantik gitu .
ceh ! dah macam orang bercinta lak dia .
Jangan gaduh - gaduh ya ...
... abang dan adik ... 

Terima kasih ... sudi baca 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments1

Sambutan Hari Guru Yang Happening


Assalamualaikum ...


citer ni hari guru kan ha.... 
kalau anda nak tahu jom nanti saya citer kan
saya nak datang ke sekolah
tapi saya datang lambat ke sekolah siap tulis nama lagi mm.. 
nasib saya lah .
saya pergi ke perhimpunan , saya ternampak cikgu nak cari  I/C bulan 5 .
saya tengok cikgu main tangkap belon.



selepas permainan tamat , 
semua cikgu gi ke dewan sekolah .
saya tengok semua cikgu menyanyi di atas pentas.
yang paling best kali ada orang nyanyi lagu BLACK ,
lelaki yang badan besar tu sama tingkatan ngan saya,
Tapi  dia bukan kelas yg sama . 
ada lagi seorang tapi dia tingkatan 3,4,atau 5 kot lah.
Pastu pengetua naik atas pentas dan memegang bahu seorang lelaki montel ha....
dia lah yang nyanyi lagu BLACK


kalau lu tak caya cuba lu open video tu


walaupun boring tapi best juga 
sebab ada lagu BLACK
terbaik........





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Raya 2012

SELAMAT HARI RAYA !!!!

Citer ini mengisahkan kami bermain bunga api pada selepas berbuka pada1 Syawal.
Kami bermain di rumah.Kami belum balik ke kampung walaupun dah mula raya.
Macam biasa, takder duit nak balik kampung di Johor.



Ni adik saya dua orang.Mereka ni nakal sikit.
Ni bunga api yg diorang main.


Tapi , saya dan kakak saya main mercun lain.
Walaupun kami main bunga api,tapi kami main mercun roket.
Seronok tau main mercun roket.

Tapi, pada sewaktu itu,kami nyalakan api roket.
Tapi roketnya sekat kat plasterin.Dia pun meletup kat situ.
Jiran sebelah ni ada wanita mengandung.Kami main roket tu lagi.
Kali ni dia terbang .Tapi,mendarat kat atas bumbung jiran sebelah.

Nasib baik roket tu tak melatup.Kalau tak, wanita di jiran sebelah ni,
bersalin secara tiba2.Kalau siapa doa pada selapas solat ,meletup juga 
tu nanti.Kami pun tidak solatlah pada waktu itu.

Seronok betul raya di rumah.Tapi yg takutnya nasib baik roket tu tak meletup tau.

 Nota:Jangan main bunga api tau bahaya!!!!!

Ini sajalah yg saya citer pada anda.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACANYA!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Percutian di Pulau Pinang.




ASSALAMUALAIKUM....

Inilah jambatan Pulau Pinang.
Kami sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Pinang
pada tahun 2007.
Kami saja jer nak tunjuk gambar ini.
Bagi orang tak tahulah apa itu jambatan  Pulau Pinang.



Kami dah pun tiba di Pulau Pinang.
Kami menuju ke apartment yang ada kolam.
Seronoknya mereka mandi di dalam kolam.
Seronokynya........
kami pun mandi di situ bersama ngan
anak kawan ayah saya .Semasa kami mandi
 saya termuntah di tepi kolam kerna adik saya terjun di kolam.






Selepas kami mandi kat swimming pool resort tuh ,
pada sebelah malam, kawan ayah saya pun tiba .
Mereka sekeluarga dari Cameron Highland menghantar saudaranya yang berkahwin .






Kami menaiki kereta kabel untuk ke
 Bukit Bendera.Ia bergerak dengan menarik tali yang
ditarik oleh mesen.



Kami telah pun sampai di Bukit Bendera.
Di sana terdapat pelbagai pengunjung yang datang ke
Bukit Bendera.



Kami melihat ada meriam di tepi tangga.Kami pun mengambil
gambar bersama ngan meriam.Adik saya yang berumur 2 tahun
duduk di atasnya.

Pada waktu petang kami gi pusat beli blah 
dan membeli mainan .
Kami berasa penat dan kami pun pulang ke apartment.



Pada keesokan harinya,kami mengemas barang dan pulang ke rumah
ngan menaiki sebuah feri yang penuhi ngan kereta.
Kami berasa amat sedih kerna meninggalkan tempat
yang penuhi ngan kenangan yang amat gembira.

Sekian sajalah saya menulis blog ini.
Terima kasih kepada pembaca yang tlh
membaca blog ini.

Jangan lupa follow dan komen sekali YER...

WASSALAMUALAIKUM...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Kenangan Mengusik Jiwa 1


ASSLAMUALAIKUM....

Ketika I berumur 7 tahun cam ni citernyer,
semasa pergi balik kampung nenek.
saya selalu kejar ayam betina dan anak ayam.
saya terasa penat di belakang rumah nenek saya.

semasa saya penat saya ternampak botol yang lama
saya nak ambik botol tu
tiba2 ayam betina panjat belakang saya . Ayam
tu lompat2 dan mecakar belakang saya

bila omma[mak] panggil saya.
mak  cakap macam ni "najwa........apasal baju awak kotor"
saya menjawab "ayam panjat belakang saya"
mak cakap "ha....... padan muka awak siapa suruh kejar ayam"
saya cakap"mm.....terbaiklah saya ni"

ha... macam tu lah saya ni walaupun saya sedikit nakal
 tapi saya tetap medengar nasihat mak .
Tapi saya ni fail dalam peperiksaan sejarah ,dan geografi
sob...sob... sabar je lah.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Dapat Hadiah Jam Tangan Daripada Haziq


Assalamualaikum ...

Apa khabar semua ...
Aqif sihat jer .
Kawan - kawan pun sihat juga kan !
... Alhamdulillah

Semalam Haziq , kawan Aqif sambut birthday .
Haziq sambut kat sekolah bersama kami rakan sekelasnya.
Kami tak bagi Haziq hadiah sebab tak tahu hari tu birthday dia .

Tapi Haziq baik hati .
Best sangat sebab Haziq bagi kami semua hadiah jam tangan .




Tadaaaa ... inilah jam nya .
Cantik kan !
Terima kasih lah pada Haziq .

Bukan kami saja yang dapat tau . 
Cikgu kami pun dapat sama .
Cikgu dapat jam digital .

Kepada Haziq , tahun depan boleh bagi kami lagi ...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Sukan Saya ... 2012



Ni Fatin Shasha.dia sedang tengok burung 
terjun di atas langit. muahaha...


ini ialah kakak I sedang berkawat.
dia berpakaian seperti harimau muda.


ini kakak saya yang pakai baju hijau itu ialah kumpulan  BEN 10.
tapi lari macam awn nano dan kalah dalam perlumbaan
larian.


inilah saya ...
saya telah memenangi pertandingan sukaneka.
Ya... saya menang tempat ketiga.



TERIMA KASIH ..
kerana membacainya..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0